Sewaan “Dewan Mini”
NSEA Negeri Sembilan menawarkan perkhidmatan sewaan Dewan Seminar yang selesa dan lengkap dengan kemudahan asas untuk pelbagai jenis acara. Dewan ini sesuai untuk seminar, bengkel, kursus, mesyuarat, taklimat, kelas, training, dan majlis korporat.
Harga bermula serendah RM60 sejam, antara yang termurah di Seremban. Pakej termasuk kerusi dan meja, sistem audio, projektor dan skrin, penghawa dingin, serta parkir percuma, dengan kapasiti maksimum sehingga 40 orang mengikut susunan. Terdapat juga pakej tambahan makan dan minum mengikut keperluan acara anda.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera.