FORUM ESPORTS : ESPORTS DAN KESIHATAN

FORUM ESPORTS : ESPORTS DAN KESIHATAN

23 - Forum ini membincangkan hubungan antara esports dan kesihatan serta impaknya terhadap kesejahteraan mental dan fizikal individu. Melalui sesi perkongsian ini, para peserta didedahkan kepada kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, pengurusan masa yang baik serta langkah-langkah penjagaan kesihatan yang perlu diberi perhatian oleh pemain esports bagi memastikan prestasi dan kesejahteraan diri sentiasa berada pada tahap optimum.

TALK IKON ANAK MUDA SM SAINS REMBAU

TALK IKON ANAK MUDA SM SAINS REMBAU

8 Jun – Jemputan sebagai Panel Ikon Belia bagi Program Kenegaraan Malaysia MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pembangunan belia, kepimpinan dan peluang kerjaya. Selain itu, Akademi NSEA turut diperkenalkan sebagai platform pendidikan dan pembangunan bakat dalam bidang esports. Program ini juga bertujuan memupuk nilai jati diri, semangat patriotisme dan kepimpinan dalam kalangan belia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

TALK KERJAYA ESPORT DAN PEMBANGUNAN BELIA DI SMK GEMAS

TALK KERJAYA ESPORT DAN PEMBANGUNAN BELIA DI SMK GEMAS

12 MAY-Sesi Talk Kerjaya Esport dan Pembangunan Belia di SMK GEMAS.
Perkongsian mengenai peluang kerjaya dalam industri esport, pembangunan bakat belia serta pendedahan tentang hala tuju dunia digital dan kompetitif masa kini.

TALK KERJAYA ESPORT DAN PEMBANGUNAN BELIA DI SMK INTAN PERDANA

TALK KERJAYA ESPORT DAN PEMBANGUNAN BELIA DI SMK INTAN PERDANA

11 MAY- Jemputan sebagai Panel Ikon Belia bagi Program Kenegaraan Malaysia MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sesi ini memberi peluang untuk berkongsi pengalaman, perjalanan kerjaya, serta pandangan mengenai pembangunan belia kepada para peserta. Program ini bertujuan memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan muda untuk terus mengembangkan potensi diri, membina kepimpinan yang berwibawa, serta menghayati nilai-nilai Malaysia MADANI dalam kehidupan dan pembangunan diri.

ESPORT TALK SMK UNDANG REMBAU

ESPORT TALK SMK UNDANG REMBAU

8 MEI - Program ini diadakan di SMK Undang Rembau bagi memperkenalkan Akademi NSEA kepada para pelajar serta memberi pendedahan tentang dunia esports dan peluang pendidikan dalam industri ini. Sesi ini turut menerangkan laluan pembelajaran, pembangunan bakat, serta potensi kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang esports seperti pemain profesional, jurulatih dan pengurusan pasukan.

Selain itu, program ini bertujuan memberi kesedaran bahawa esports bukan sekadar permainan, tetapi satu industri yang berkembang pesat dan mempunyai masa depan yang luas melalui platform pendidikan seperti Akademi NSEA.

ESPORT TALK SMK BANDAR BARU SERTING

ESPORT TALK SMK BANDAR BARU SERTING

29 APRIL - Lawatan ke SMK Bandar Baru Serting bagi memperkenalkan dunia dan kerjaya esports serta berkongsi maklumat mengenai Akademi NSEA kepada para pelajar. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta memberi pendedahan awal tentang laluan pendidikan dan kerjaya dalam bidang esports.